Apa Yang Kau Cari ?

Thursday, March 6, 2014

Seorang Lelaki.

Suatu hari,
Hadir seorang lelaki,
Yang membawa bersama kebahagiaan,
Dia yang menyapu setiap titis air mata,
Dia yang memujuk setiap rajuk hati,

Kami bersama,
Mengukir momen momen indah,
Melayari setiap saat bersama,
Tawa dan tangis dikongsi berdua,

Lalu,
Entah dimana salahnya,
Dia berlalu tinggalkan aku sendirian,
Dan sepucuk surat buat aku,

Katanya,
Sudah lama dia biar aku berdamping dengan bahagia,
Sampai aku lupa dunia ini hanya sementara,
Katanya lagi,
Dia mahu aku bersahabat pula dengan duka,
Supaya aku akan lebih kuat menghadapi dunia tanpa dia,

Sepanjang pemergiannya,
Aku sentiasa berduka,
Kerana bagi aku kebahagiaan aku cuma dia,
Merata aku mencari,
Seluruh pelusuk dunia aku pergi,
Hajat ku cuma untuk bertemu dia,
Dan diakhir pencarian aku itu,
Ada seseorang menyerahkan aku sekeping nota yang ditulis dia,

Nota yang  berpesan,
Bahagia itu tidak akan ada selagi aku mengukur kebahagiaan itu berdasarkan manusia,
Sedang yang berikan kebahgiaan itu Tuhan yang satu.

Thursday, February 20, 2014

Tarian Jiwa


Menari sayang,
Usah risau terjatuh,
Usah gusar tiada penonton,
Usah ragu bakatmu,
Usah khuatir tarianmu sumbang,

Kerana ada aku,
Yang akan menyambut kau bila terjatuh,
Yang akan setia menonton segala gerak tarimu,
Yang sentiasa melengkapi  langkah tarimu,

Aku yang sentiasa akan jadi pasanganmu dalam setiap tarian jiwa ini.

Hari ke-307

pada hari ini,
hari yang ke-307 kau pergi tinggalkan aku,
aku sudah lupa segala tentang kamu,
yang cuma masih tersisa,
cuma rasa sayang yang tak mungkin aku buang,

pada hari yang ke-307,
aku sudah mula tersenyum,
tanpa bayangan kamu,
tanpa memori yang kamu tinggalkan,
tanpa segala-galanya tentang kamu,

pada hari yang ke-307,
aku sudah mula berhenti berharap,
aku sudah belajar menerima yang kau bukan milik aku lagi,
aku sudah buka hati untuk menerima yang lain,

pada hari ke-307,
aku sedang menipu diri aku sendiri.





Monday, October 7, 2013

Puisi Twitter.

ini antara puisi yang pernah aku tulis di twitter.
aku kumpul dan publish di blog.
sekadar untuk tatapan dan ingatan.

-satu-
aku bukan manusia tanpa hati,
yang masih senyum walau dirinya disakiti.

-dua-
Aku pandang sisi. 
Kosong.
Biar begini. 
Biar aku sendiri. 
Aku bahagia kerana aku punya kau di hati.
Cukup hanya aku yang rasa.

-tiga-
Kalau benar cinta.
Jangan dusta. 
Kalau benar sayang. 
Jangan berpaling.

-empat-

kalau mlm itu menjanjikan bahagia.
Kenapa kau masih menanti siang?

-lima-
Kalau 'kita' itu hanya wujud di alam mimpi. 
Kenapa harus aku membenci kelam sedang itu yg beri aku bahagia.

-enam-
Dia, manusia pertama yang ajar aku erti cinta dan sayang. 
Yg sentiasa memberi tanpa mengharapkan apa-apa. 
Dia yg aku panggil Mama.

-tujuh-
Kalau aku bukan yg penting. 
Kenapa aku kau sunting. 
Kalau dia yg kau nanti. 
Lebih baik kau pergi. 
Jgn kembali lagi.

-lapan-
Tali yg kau buat bungee jumping itu mungkin jd tali gantung kau di alam mimpi nnti bila realiti sudah tak mampu kau tempuhi.

-sembilan-
Yang jauhkan kita bukan jarak. 
Bukan juga waktu. 
Tp, yg jauhkan kita adalah hati. 
Hati kau yang dah berpaling.

-sepuluh-
Kau tak perlukan kertas untuk luahkan segala rasa kerana kau punya aku yang sentiasa ada

-sebelas-
Kertas itu aku biarkan kosong. 
Bila rasa hati tidak mampu diluahkan melalui dakwat pena.

Thursday, June 6, 2013

Bahagia Pada Aku.

Bahagia Pada Aku.
Oleh: Intan Suhaila
........................................................

Aku sendiri tak pasti apa makna bahagia sebenar. Orang kata bahagia itu bila kita rasa hidup kita tenang dan gembira.Tapi, bagi aku. Bahagia itu bila kau ada disisi. Seperti mana kita bertemu dulu. Tapi sekarang walaupun kau jauh dari aku. Dan aku tahu kau tak akan kembali lagi pada aku. Aku tetap merasa bahagia itu. Ramai orang kata yang menunggu seseorang itu sakit.

Ya, aku aku itu.Tapi, kalau orang yang ditunggu itu kau, aku rasa sakit dah bertukar jadi bahagia.Entah aku sendiri tak tahu .Aku dah kata tadi aku tak tahu apa makna bahagia sebenar. Jadi, aku rasa bahagia itu semuanya berkatian dengan diri kau.

..............................................................


 Ingat tak lagi masa kita mula-mula berjumpa dulu? 5 tahun lepas, masa tu kau tengah asyik bergaduh dengan pakwe kau di ruang legar KL Sentral. Dan akhirnya kau melangkah pergi dengan tangisan. Masa tu aku cuma mampu melihat kau dari jauh. Dalam diam aku berharap yang aku akan ada disisi kau ketika itu supaya aku dapat lindungi diri kau dan sapu airmata kau yang mengalir laju tu.

 Dan, aku harap aku dapat bela kau dari lelaki tak guna tu. Sayang, kau ingat tak masa aku mula-mula mengorat kau dulu? Sakit betul punggung aku duduk dekat kerusi besi yang orang selalu guna untuk melepaskan lelah sambil menunggu ketibaan keretapi, tapi aku guna kerusi besi tu untuk tunggu kau habis menangis.Dan kemudian kau pandang aku.

“ saya ni lemahkan awak “ ayat pertama yang keluar dari mulut kau yang akan aku ingat sampai bila-bila. Sampai sekarang aku akan tersenyum sendiri bila bayangkan kau yang sedang menangis dengan muka comot dan hingus meleleh ucapkan ayat ni. Ahhh, aku rindu saat itu.Aku rindu kau.

 “ saya ada untuk beri awak kekuatan “ ketika aku ucapkan ayat ni. Aku betul-betul maksudkannya. Akupandang kau.Kemudian,kau senyum. Dan, saat itu aku janji dengan diri sendiri senyuman itu yang akan terbit dibibir kau setiap hari, setiap waktu, kalau kau pilih untuk bersama aku. Tiada lagi tangisan. Cuma bahagia yang kau akan rasa. Cuma pelangi yang akan menghiasi dunia kita berdua. Aku sendiri tak tahu mengapa kau yang aku pilih.Yang aku tahu. Cuma kau seorang yang aku mahu.

...................................................

 Dan kini, semuanya kembali seperti 5 tahun dulu. Aku masih menanti disini, di kerusi besi ini, Di stesen KTM KL Sentral. Aku menanti semuanya berlaku kembali. Aku menanti senyuman kau yang satu itu.Ya, aku menantikan kau. Dan kali ini, aku harap aku dapat yakinkan kau yang aku akan sentiasa bersama kau. Aku harap, aku dapat menghalang kau dari meluru ke arah keretapi.aku harap, aku dapat selamatkan kau.

Supaya kita bisa berkongsi pena menyusun aksara yang sama. Yang lahir dari jiwa. Tapi, aku tahu semua harapan aku tidak akan tertunai. Kerana, kau telah pergi. Sayang, ingat lagi ketika saat terakhir itu. Kau kata “Tunggu aku“ sebab itu aku masih disini menanti. Biar aku tahu kau tak akan kembali. Biar aku begini. Aku bahagia disini. Cuma ada aku, kau dan kenangan.

Wednesday, June 5, 2013

#Satu

Ruang ini.
aku cipta untuk kita.
untuk aku dan hati.

Ruang ini.
akan jadi ruang tempat aku bersendiri
meluah segala memori dan isi hati.

Selamat datang ke Ruang Ini.