Apa Yang Kau Cari ?

Thursday, June 6, 2013

Bahagia Pada Aku.

Bahagia Pada Aku.
Oleh: Intan Suhaila
........................................................

Aku sendiri tak pasti apa makna bahagia sebenar. Orang kata bahagia itu bila kita rasa hidup kita tenang dan gembira.Tapi, bagi aku. Bahagia itu bila kau ada disisi. Seperti mana kita bertemu dulu. Tapi sekarang walaupun kau jauh dari aku. Dan aku tahu kau tak akan kembali lagi pada aku. Aku tetap merasa bahagia itu. Ramai orang kata yang menunggu seseorang itu sakit.

Ya, aku aku itu.Tapi, kalau orang yang ditunggu itu kau, aku rasa sakit dah bertukar jadi bahagia.Entah aku sendiri tak tahu .Aku dah kata tadi aku tak tahu apa makna bahagia sebenar. Jadi, aku rasa bahagia itu semuanya berkatian dengan diri kau.

..............................................................


 Ingat tak lagi masa kita mula-mula berjumpa dulu? 5 tahun lepas, masa tu kau tengah asyik bergaduh dengan pakwe kau di ruang legar KL Sentral. Dan akhirnya kau melangkah pergi dengan tangisan. Masa tu aku cuma mampu melihat kau dari jauh. Dalam diam aku berharap yang aku akan ada disisi kau ketika itu supaya aku dapat lindungi diri kau dan sapu airmata kau yang mengalir laju tu.

 Dan, aku harap aku dapat bela kau dari lelaki tak guna tu. Sayang, kau ingat tak masa aku mula-mula mengorat kau dulu? Sakit betul punggung aku duduk dekat kerusi besi yang orang selalu guna untuk melepaskan lelah sambil menunggu ketibaan keretapi, tapi aku guna kerusi besi tu untuk tunggu kau habis menangis.Dan kemudian kau pandang aku.

“ saya ni lemahkan awak “ ayat pertama yang keluar dari mulut kau yang akan aku ingat sampai bila-bila. Sampai sekarang aku akan tersenyum sendiri bila bayangkan kau yang sedang menangis dengan muka comot dan hingus meleleh ucapkan ayat ni. Ahhh, aku rindu saat itu.Aku rindu kau.

 “ saya ada untuk beri awak kekuatan “ ketika aku ucapkan ayat ni. Aku betul-betul maksudkannya. Akupandang kau.Kemudian,kau senyum. Dan, saat itu aku janji dengan diri sendiri senyuman itu yang akan terbit dibibir kau setiap hari, setiap waktu, kalau kau pilih untuk bersama aku. Tiada lagi tangisan. Cuma bahagia yang kau akan rasa. Cuma pelangi yang akan menghiasi dunia kita berdua. Aku sendiri tak tahu mengapa kau yang aku pilih.Yang aku tahu. Cuma kau seorang yang aku mahu.

...................................................

 Dan kini, semuanya kembali seperti 5 tahun dulu. Aku masih menanti disini, di kerusi besi ini, Di stesen KTM KL Sentral. Aku menanti semuanya berlaku kembali. Aku menanti senyuman kau yang satu itu.Ya, aku menantikan kau. Dan kali ini, aku harap aku dapat yakinkan kau yang aku akan sentiasa bersama kau. Aku harap, aku dapat menghalang kau dari meluru ke arah keretapi.aku harap, aku dapat selamatkan kau.

Supaya kita bisa berkongsi pena menyusun aksara yang sama. Yang lahir dari jiwa. Tapi, aku tahu semua harapan aku tidak akan tertunai. Kerana, kau telah pergi. Sayang, ingat lagi ketika saat terakhir itu. Kau kata “Tunggu aku“ sebab itu aku masih disini menanti. Biar aku tahu kau tak akan kembali. Biar aku begini. Aku bahagia disini. Cuma ada aku, kau dan kenangan.

No comments:

Post a Comment